suria

Dulu banyak filem ‘box office’, David Teo bayar deposit rumah kepada 50 pekerja... Terbuka bantu Farid Kamil

PENERBIT Mejar David Teo mengakui terkejut selepas mendapat tahu kediaman Farid Kamil di Bandar Saujana Putra bakal dilelong.

David atau Teo Chew Huat, 60, berkata dia bersedia untuk membeli semula kediaman berkenaan memandangkan dia yang menghadiahkan wang deposit pembelian kediaman itu sewaktu Farid menjayakan filem di bawah produksi miliknya Metrowealth Picture (MIG) pada tahun 2011.

Malah, David telah membayar deposit sebanyak 50 buah rumah untuk pekerja ketika zaman kegemilangan filem terbitannya.

“Sebenarnya agak terkejut juga sebab pendapatannya banyak malah filem lakonannya masih ditayangkan dan tak nampak ada masalah kewangan.

“Saya mahu tolong dia dengan beli rumah tu kembali daripada masuk lelongan dan orang lain beli, jadi lebih baik saya beli... kalau Farid ada duit jadi boleh tembus semula rumah tu,” kata David kepada mStar.

Sementara itu, Farid dikhabarkan sedang dalam usaha untuk menyelamatkan kediaman miliknya itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi