suria

Jiran kongsi pengalaman tinggal sebelah rumah Farid Kamil, ada cerita ‘best’ orang tak tahu!

JIRAN kepada Farid Kamil yang mahu dikenali sebagai Noraini memberitahu dia mengetahui kediaman aktor berkenaan akan dilelong seperti tular di media sosial.

Menurut Noraini atau nama sebenarnya Noraini Abdullah, 80, aktor berkenaan tidak lagi menetap di rumah itu sejak tiga tahun lalu malah rumah tersebut kini dihuni oleh penyewa.

“Saya sudah tinggal 12 tahun dikawasan ini dan tiada berlaku sebarang masalah, jiran semuanya baik-baik saja dan di depan rumah saya adalah Farid Kamil dulu dia tinggal sini tapi sekarang tidak lagi.

“Sudah lama saya tak jumpa dengan dia sejak ada kes sebelum ni kan jadi dia memang sudah tidak datang sini lagi dan sekarang ni ada penyewa baru,” kata Noraini kepada mStar.

Dalam pada itu, Noraini memberitahu hubungannya dengan Farid dan Diana sangat baik sehinggalah pasangan pelakon itu mengambil keputusan berpindah sejak tiga tahun lalu.

“Farid sangat baik dan isterinya Diana pun sangat baik, anak lelaki dia pun baik saja dengan saya sebab dia tinggal di sini lama juga dulu,” ujarnya.

Sementara itu, ejen hartanah yang dihubungi mengesahkan lelongan kediaman itu ditarik semula memandangkan pemilik mahu menyelesaikan bayaran tertunggak.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi