suria

Setahun henti keluar minyak wangi, Rozita Che Wan bengang ada pihak ciplak jual RM10... Pembeli mengadu alami masalah kulit

SUDAH lebih setahun tiada di pasaran, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan pelik apabila ada pihak tidak bertanggungjawab berani menciplak minyak wangi keluaran syarikatnya dan dijual dengan harga lebih rendah.

Disebabkan itu, Rozita atau Che Ta menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya jika ada pihak menjual minyak wangi menggunakan namanya.

"Perfume itu memang sudah lama tiada dalam pasaran tapi individu ini ciplak minyak wangi palsu dan menjualnya dengan harga lebih murah iaitu RM10.

"Ada yang beli sebab murah tapi mula mendapat kesan sampingan seperti kulit menjadi gatal dan melecur.

"Apabila berlaku masalah mereka datang cari saya sedangkan mereka beli yang ciplak.

"Saya kesan perkara ini sudah lama tapi nampaknya mereka aktif balik sejak dua bulan lalu. Saya ingin tegaskan jika berlaku apa-apa saya tidak akan bertanggungjawab," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu akan mengambil tindakan terhadap individu terbabit kerana meniru produknya tanpa kebenaran selain mendatangkan bahaya kepada pengguna.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi