suria

Amyra Rosli tak sekat kebebasan Amar Baharin, tapi ada syarat kena patuhi

SEJAK berkahwin pelakon Amyra Rosli tidak pernah menghalang atau menyekat kebebasan suaminya iaitu Amar Baharin daripada melakukan aktiviti di luar bersama rakan-rakannya.

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 33, berkata, sebagai isteri dia meletakkan kepercayaan penuh kepada suami dan percaya Amar tahu menjaga batas pergaulan.

"Saya percaya Allah melihat segalanya dan saya dan Amar tahu batas. Apabila ada kepercayaan itu maka saya tiada perasaan risau atau tidak percaya dekat suami.

"Amar ada hobi dan kawan-kawan, jadi kenapa saya nak sekat pergerakan dia? Dalam perkahwinan pun boleh bebas tapi kena ada batas," jelasnya kepada mStar.

Untuk rekod, Amyra dan Amar melangsungkan perkahwinan pada November 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 7 dan Ayra Aryssa yang kini berusia empat tahun.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi