suria

Bukan lagi gertak, peguam ‘Abang Bas’ sudah fail saman terhadap 2 selebriti wanita

PEGUAM kepada ‘Abang Bas’ iaitu Datuk Ahmad Zaharil mengesahkan pihaknya sudah pun memfailkan saman terhadap dua selebriti wanita yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki tersebut.

Bagaimanapun Zahiril menjelaskan saman tersebut difailkan oleh peguam lain di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada minggu lalu.

"Kami sudah failkan saman (terhadap dua selebriti) manakala untuk netizen belum lagi.

"Bukan saya yang failkan tetapi peguam lain iaitu anak didik saya. Saman itu kepada dua selebriti wantia," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, pemandu bas itu didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan.

Ia membabitkan pertuduhan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pertuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000 sementara kes itu disebut semula.

Dalam perkembangan lain, Zahiril juga mengesahkan pihaknya sudah memfailkan saman terhadap seorang lagi selebriti berhubung fitnah berhubung kes pusat tahfiz.

Jelas Zahiril, saman itu difailkan selepas selebriti berkenaan menuduhnya menyeleweng wang milik pusat tahfiz sebanyak RM8 juta.

"Ini peguam lain failkan sebab saya mahu jadi saksi. Tuduhan selebriti kata saya makan duit RM8 juta tidak benar dan ia fitnah besar," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi