suria

Dugaan sejak berhijrah, Norish Karman ‘struggle’ cari rezeki untuk anak-anak... Kafe pun terpaksa tutup

PELAKON Norish karman memberitahu dia kini sudah tiada pendapatan tetap bagi menanggung kehidupannya dan anak-anak.

Kata Norish atau Nor'Ashikin Karman, 50, dia sudah kurang mendapat tawaran lakonan kerana tidak menepati kriteria dicari penerbit.

Justeru itu dia terpaksa bangkit mengusahakan jualan makanan secara kecil-kecila bagi menjana pendapatan.

“Sekarang ini nak bertahan memang susah saya dah hilang beratus ribu, jadi saya dahulukan anak-anak punya pelajaran, hidup dengan apa yang ada.

“Memang Allah tarik income tapi Allah bagi rezeki saya bersama dengan anak-anak tapi dalam pada masa yang sama saya berdoa semoga ada jalan lain mungkin ada orang nak taja saya buka cafe,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Norish berkata penghasilan daripada perniagaannya sahaja tidak mencukupi untuk menanggung keperluan anak-anaknya.

“Tak cukup sebab tambah empat orang anak angkat ni, mereka sedang membesar dan mereka kuat makan dan saya tak boleh halang mereka untuk makan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi