suria

Bersenam dan tak sentuh gula... Nadeera kurus sebab jaga makan bukan ambil barang terlarang

PENYANYI Nadeera menegaskan dia tidak pernah mengambil sebarang makanan tambahan atau membuat sebarang rawatan khusus untuk menurunkan berat badannya.

Kata Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, dia hanya melakukan senaman dan tidak mengambil gula dalam permakanan.

“Saya sebenarnya memang tak ambil apa-apa suplement pun, saya kurus sebab saya bersenam.

“Saya berlari kalau tidak di rumah saya akan buat di luar dan saya jaga permakanan saya, saya tak ambil gula dalam permakanan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nadeera juga menjawab segala tuduhan yang dibuat ke atas dirinya yang menyatakan dia mengambil bahan terlarang untuk menurunkan berat badan.

“Siapa yang cakap tu? Tak baik tuduh saya sebegitu, saya memang clean tidak ada ambil apa-apa bahan terlarang,” ujarnya.

Untuk rekod Nadeera akan membuat persembahan di Futureland Festival 2.0 di Stadium Merdeka pada 23 November depan.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi