suria

Penyampai radio ‘tangkap muat’, Raja Azura anggap itu rezeki tapi tetap kena ada ilmu

PENGACARA dan pelakon Raja Azura menyarankan supaya penyampai radio baharu untuk menimba ilmu terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas.

Ini kerana Raja Azura atau Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, berkata menjadi seorang penyampai radio itu bukanlah kerja mudah kerana mereka juga memerlukan ilmu pengetahuan luas.

“Waktu saya jadi penyampai radio memang zaman yang selesa sebab radio ketika itu memang keutamaan kerana semua orang suka dengar radio.

“Penyampai radio zaman dulu sangat hebat sebab sebelum bertugas kami semua ini perlu lalui proses pembelajaran serta latihan mengenai garis panduan yang ditetapkan.

“Penyampai radio baharu yang ditawarkan itu perlu ada ilmu dan kena ada inisiatif untuk ketahui selok belok dalam industri hiburan, kalau nampak bodoh sekali pun tak apa sebab itu proses pembelajaran yang bagus,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi